KEPALA BATAS 10 Nov. – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Permatang Tinggi A dekat sini Rabu lalu ditahan tengah hari semalam. Suspek ditahan pukul 12.15 tengah hari di Penaga susulan tangkapan ke atas seorang rakannya selepas mereka memecah masuk sebuah rumah kira-kira pukul 10 malam 7 November lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat bersama rakannya itu memecah masuk rumah mangsa dan melarikan pelbagai barangan dan wang tunai bernilai RM10,000. “Dalam kejadian itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya