KUALA LUMPUR 20 Nov. – Seorang lelaki yang berkongsi rakaman video mengganggu seorang gadis promoter menjual air minuman beralkohol di bahagian tidak halal di sebuah pasaraya dikecam warganet. Sikap lelaki berkenaan terhadap gadis tersebut dianggap warganet sebagai kurang ajar dan tidak wajar. Dalam video kurang 45 saat itu gadis berkenaan yang melakukan promosi air minuman beralkohol di bahagian tidak ditanggung halal kelihatan tenang berhadapan dengan provokasi yang dilakukan lelaki tersebut.…










