KULIM 10 Nov. – Tindakan seorang lelaki bersembunyi di dalam semak selepas meragut rantai emas milik seorang lelaki berdekatan Taman Nenas di sini gagal apabila ditahan polis hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suspek berusia 33 tahun bersama seorang rakannya menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z memintas motosikal Modenas GT100 dinaiki mangsa berumur 47 tahun sebelum meragut rantai emas milik lelaki tersebut berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keladi di sini. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek kemudian melarikan diri tetapi salah seorang daripadanya ditahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya