BANGKOK – Sangkaan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kes penipuan urus niaga hartanah bahawa dia dapat meloloskan diri sekiranya melarikan diri ke Thailand, ternyata meleset. Setelah lebih setahun menjadi buruan, lelaki itu akhirnya diberkas polis Thailand di Phuket pada 25 Oktober lepas, atas permintaan polis Malaysia. “Suspek akan dihantar balik ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Ketua Polis Imigresen Thailand…










