Lelaki bila dah ‘moody’ - Utusan Malaysia

Lelaki bila dah ‘moody’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA kata orang lelaki tak reti emosional? Tak moody macam orang perempuan? Akak cun sendiri selalu juga terkena. Berdepan dengan lelaki moody ini. Orang putih cakap mood swing. Tiba-tiba, saja dia diam. Buat muka kelat dan ketat. Dan boleh pula buat akak cun macam tak wujud di depan matanya. Orang kata, ­merasalah akak cun jadi halimunan.

Lelaki kalau moody, sama sahaja, perangainya, malah mungkin lebih mengalahkan orang perempuan lagi. Tetapi itulah, bila kita moody, bukan main lagi dia mengata. Perempuan memang emosional lah. Tak boleh kawal perasaanlah. Suka naik angin dengan hal-hal yang remeh-temehlah. Tapi bila kena tang dia, muka down dia macam gaji tak masuk dua bulan.

Kalau ditegur masa dia asyik melayan perasaan sendu itu, dia buat tak layan. Kalau kita tak tegur pula, dikata tak ambil tahu atau tak prihatin langsung masalah dia.

Jadi, kalau macam ini apa yang korang buat? Amalan biasa akak cun bila berhadapan keadaan macam ini, akak cun, biarkan saja. Tak usah layanlah, moody ditambah pula dengan ego seorang lelaki, makin menjadi-jadilah. Lebih baik duduk jauh-jauh. Buat hal masing-masing.

Kenapa lelaki boleh jadi moody? Sebenarnya, orang lelaki atau perempuan sama sahaja, boleh moody. Sebab semuanya ada hati dan perasaan. Jadi janganlah me­ngutuk orang perempuan, emosional bagai. Bila terkena pada batang hidung sendiri, termalu alah pula hendak ­mengaku.

Lelaki moody selalunya pasal kerja atau pasal keluarga. Kata kawan akak cun yang juga seorang lelaki. Katanya, orang lelaki jaranglah moody pasal hal-hal kecil dan yang tak masuk akal.

Apa yang tak masuk akal itu? Tanya akak cun. Jawabnya – tak balas mesej dekat WhatsApp pun mereka tak kisah. Orang lelaki steady saja. Tetapi orang perempuan jangan buat main, kalau tak balas boleh berperang. Lambat balas kena, tak balas lagilah, merajuk boleh membawa berminggu-minggu.

“Apa ingat orang lelaki ni dok pegang handphone saja ke, jadi telefonis ke, cepat saja nak layan semua tu. Kita ada banyak kerja lainlah hendak buat,” katanya.

Tu dia, orang lelaki kalau sembang. Mesti hendak ­menang. Mesti hendak tunjuk dia kuat. Kuat segala-gala­nya. Fizikal dan mental.

Cuba kalau isteri atau teman wanitanya tak jawab panggilan atau mesej. Dibiarkan saja blue tick itu lama-lama sedangkan dia tahu, bukan orang perempuannya itu sibuk sangat pun. Duduk di rumah saja atau bercuti. Tentu dia pun `mengelabah badak, juga. Mulalah fikir, dia ada buat silap apa. Mulalah fikir dia ada ‘kantoi’ dekat mana-mana ke. Atau “Eh, isteri aku terbaca ke mesej aku dengan … malam tadi! Alamak terlupa nak delete!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN