Leicester kembali peroleh kekuatan - Utusan Malaysia

Leicester kembali peroleh kekuatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER – Pengurus Leicester City, Claude Puel menegaskan bintang-bintang The Foxes telah bersedia untuk aksi minggu ini sebaliknya berdepan kemurungan selepas kematian pengerusi kelab itu.

The Foxes akan bermain buat pertama kali di Stadium King Power pada Sabtu ini sejak kemalangan helikopter yang mengakibatkan kematian Vichai Srivaddhanaprabha selepas seri bertemu West Ham United.

Minggu lalu, Leicester kembali bermain dan memenangi perlawanan 1-0 menentang Cardiff di Cardiff City sebelum 18 staf, pegawai dan pemain berlepas ke Thailand bagi memberikan penghormatan kepada majlis pengebumian Srivaddhanaprabha.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jadi, mereka hanya melakukan latihan ringan kelmarin dan semalam sejak kembali pulang daripada negara Asia Tenggara tersebut.

“Kami tidak melakukan banyak sesi latihan tetapi kami masih memiliki tenaga yang bagus.

“Saya menyaksikan pemain-pemain saya semakin matang dan tabah. Kami akan memberikan respon yang baik bersama-sama ditambah sokongan daripada peminat-peminat kami.

“Kami hanya melakukan latihan ringan selepas pulang dari Thailand. Kami berlatih sejak Selasa dan akan memiliki satu lagi sesi latihan ringan pada hari ini (semalam).

“Ia bukan mudah untuk bersedia pada perlawanan ini tetapi saya fikir kebersamaan ini akan memberikan Leicester satu tenaga yang bagus serta menakjubkan.

“Semangat dan sikap kami sentiasa positif dan sudah pasti sokongan peminat-peminat juga amat penting,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×