KUALA LUMPUR 4 Nov. – Dianggarkan lebih 1,500 orang berkumpul di sekitar pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di sini membantah pengiktirafan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Malaysia. Peserta himpunan aman yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil parti politik dan aktivis sosial berkumpul mulai 12.30 tengah hari, sambil melaungkan penentangan terhadap deklarasi itu yang dianggap bakal menggugat kepentingan agama dan menghakis hak bumiputera. Setelah lebih sejam berhimpun, para peserta dilihat mula berarak menuju ke pusat membeli-belah Sogo, di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil dikawal petugas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya