PARADISE, Amerika Syarikat – Jumlah individu yang disenaraikan hilang dalam kebakaran hutan yang dahsyat di utara California melonjak melebihi 1,000 orang kelmarin selepas tambahan lapan lagi mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat. Syerif Daerah Butte, Kory Honea memberitahu, bilangan orang yang belum dikenal pasti telah melonjak daripada 631 kepada 1,011 dalam masa 24 jam terakhir kerana pihak berkuasa menerima lebih banyak laporan kehilangan orang dan panggilan kecemasan yang dibuat apabila kebakaran berlaku. “Saya mahu anda memahami bahawa ini adalah senarai dinamik,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata, 329 orang yang telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya