WELLINGTON 30 Nov. – Lebih 50 ekor paus ditemukan mati terdampar di pantai pulau Chatham di sini menjadikan jumlah kematian mamalia itu meningkat lebih 200 ekor sejak minggu lalu. Pengurus Jabatan Pemuliharaan, Dave Carlton berkata, kira-kira 90 ekor paus ditemukan di pantai pulau itu yang terletak kira-kira 800 kilometer South Island, semalam. Katanya, sebaik sahaja pihak renjer tiba di pantai pulau Chatham awal hari ini, 50 daripadanya telah mati, seekor masih terperangkap manakala selebihnya berjaya kembali ke laut. Kejadian ini merupakan yang kelima di negara ini dalam tempoh kurang seminggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya