Kylian Mbappe kurang diminati? - Utusan Malaysia

Kylian Mbappe kurang diminati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Nov. – Kylian Mbappe memainkan peranan besar ketika Perancis merangkul Piala Dunia 2018 malah dinobat sebagai Pemain Harapan pada kejohanan di Rusia itu.

Bagaimanapun agak mengejutkan, bintang tengah Paris Saint-Germain (PSG) tersebut gagal me­nempatkan diri dalam senarai lima calon akhir anugerah berprestij, Budak Emas Eropah 2018 berdasarkan undian yang dilakukan peminat.

Tonggak pertahanan England dan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, 20, sebaliknya mengetuai calon utama penerima anugerah yang diberikan kepada pemain terbaik Eropah bawah 21 tahun anjuran akhbar berpengaruh Itali, Tuttosport.

Alexander-Arnold memainkan peranan besar membantu Liverpool melangkah ke final Liga Juara-Juara musim lalu, selain sebahagian tonggak England ketika mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Turut disenaraikan adalah penyerang Itali, Patrick Cutrone, 20, yang meledak 18 gol buat AC Milan musim lalu, selain dua bintang Belanda, Justin Kluivert, 19, (penyerang Roma) serta pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt, 19.

Melengkapkan senarai adalah penyerang remaja Real Mad­rid kelahiran Brazil, Vinicius Junior, 18, yang menyertai kelab Sepanyol itu dari Flamengo pada Julai lalu.

Sebagai pemenang 2017, dan melihat kepada kejayaan yang dikecapi bersama Perancis tahun ini, ia tidak mengejutkan apabila nama Mbappe berada dalam senarai 20 calon penerima anugerah.

Harapan bagaimanapun masih terbuka buat Mbappe untuk mengejar kedudukan lima teratas kerana undian yang dilakukan dalam talian itu hanya akan ditutup pada 30 November.

Pemenang kemudian ditentukan oleh 35 wartawan yang mewakili akhbar-akhbar utama seluruh Eropah, dan hadiah bakal disampaikan di Turin pada 17 Disember. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN