KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di sekitar ibu kota dinaiki air sehingga menjejaskan aliran trafik serta mengakibatkan beberapa individu terpaksa dipindahkan berikutan hujan lebat berterusan selama hampir satu jam. Hujan lebat sekitar pukul 4 petang tadi turut mengakibatkan beberapa kawasan turut dilanda banjir lumpur. Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Shahrul Kamar Mohd. Johari berkata, sebuah keluarga terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka di Kampung Datuk Keramat dinaiki air sehingga paras lutut. “Seramai tujuh individu melibatkan lima kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun, seorang wanita berusia dalam lingkungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya