Kosovo aibkan Azerbaijan - Utusan Malaysia

Kosovo aibkan Azerbaijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 21 Nov. – Kosovo menempah tiket ke pusingan playoff Kejohanan Eropah (Euro) 2020 selepas dua tahun bernaung di bawah Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA) apabila Arber Zeneli meledak hatrik ketika membantu pasukannya membelasah Azerbaijan 4-0 pada aksi Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Walaupun mengetahui dengan melakar keputusan seri ke atas Azerbaijan sudah cukup untuk Kosovo mengungguli Kumpulan D 3 namun mereka tetap bersemangat mencari tiga mata sekali gus menyuntik semangat ke pusingan kelayakan Euro 2020.

Skuad kendalian Bernard Challandes itu berada di depan seawal minit kedua hasil jaringan Zeneli malah pemain tengah Heerenveen itu menambah dua gol pada babak kedua. Satu gol dijaringkan oleh pertahanan Dinamo Zagreb, Amir Rrahmani.

Mereka akan beraksi di pusingan playoff Kumpulan D tahun denpan yang turut menyaksikan Georgia, Belarus dan Macedonia masih bertungkus-lumus untuk mendapatkan tiket masing-masing.

Kosovo dihuni sebahagian besar rakyat berketurunan Albania merupakan bekas jajahan Serbia yang kemudiannya keluar daripada republik Yugoslavia ketika peperangan pada 1998 hingga 1999 mendapat kemerdekaan 10 tahun kemudian. Begitu pun, Serbia enggan mengiktiraf bekas tanah jajahan mereka.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN