Korea Selatan kekalkan rekod tanpa kalah - Utusan Malaysia

Korea Selatan kekalkan rekod tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTRALIA 21 Nov. – Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento percaya pasukannya berada di landasan tepat dalam persiapan mereka menghadapi Piala Asia 2019 selepas melebarkan rekod tanpa kalah apabila membelasah Uzbekistan 4-0 pada aksi persahabatan di Brisbane, semalam.

Korea Selatan sebelum ini menewaskan White Wolves dengan keputusan yang sama pada Selasa lalu sekali gus memastikan rekod enam perlawanan tanpa kalah sejak Bento mengambil alih pasukan dari Shin Tae-yong, Ogos lalu.

“Saya fikir kami berada di landasan yang tepat. Begitu pun, kami masih mempunyai ruang penambahbaikan namun saya percaya kami di laluan yang betul. Saya mahu pastikan semua pemain faham dengan hala tuju pasukan.

“Secara keseluruhan, kami mendominasi perlawanan ini dan walaupun sudah mendahului 2-0 kami tidak kehilangan fokus sebaliknya bersemangat untuk menambah jaringan,” kata pengurus dari Portugal itu.

Bento tidak menurunkan penyerang Tottenham, Son Heung-min dan pemain Newcastle United, Ke Sung-yueng kerana mahu menilai pemain baharu menjelang Piala Asia yang akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 5 Januari ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN