Konvokesyen USIM 27 November ini - Utusan Malaysia

Konvokesyen USIM 27 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 21 Nov. – Seramai 2,712 graduan akan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini selama tiga hari mulai 27 November ini.

Majlis di Dewan Tuanku Canselor itu melibatkan seramai 113 penerima Doktor Falsafah, Sarjana (119 orang), Diploma (101 orang) dan 2,379 penerima Ijazah Sarjana Muda.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang juga Canselor USIM akan berangkat merasmikan istiadat pembukaan majlis konvokesyen tersebut.

“Majlis konvokesyen tahun ini memperkenalkan tema ‘Pembangunan Lestari’ yang dianggap unik kerana ia membawa rahmat kepada sekalian alam termasuk manusia, haiwan dan alam sekitar,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm) USIM, Prof Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin dan Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali.

Dalam pada itu, Musa memberitahu, pesta konvokesyen yang diterajui Majlis Perwakilan Pelajar USIM akan berlangsung mulai 24 hingga 29 November ini di tapak pesta bersebelahan Dewan Tuanku Canselor.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung seperti forum ilmiah, malam muzik kemanusiaan, karnival sukan, gerai jualan dan program larian, Nocturnal Run 3.0.

“Nocturnal Run 3.0 yang diadakan pada Sabtu ini dijangka turut disertai Tengku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang juga Pro-Canselor USIM serta pengurusan universiti.

“Seramai 1,500 pelari dijangka mengambil bahagian pada malam tersebut di laluan sekitar kampus USIM sejauh lima kilometer,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN