MENCARI sesuatu yang lebih bermanfaat, itulah sasaran kumpulan permotoran Kuala Lumpur Bikers Club (KLBC). Menerusi aktiviti bermotosikal pada hujung minggu, kelab itu aktif menganjurkan program yang dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli dan masyarakat. Sering kita dengar aktiviti kelab permotoran yang biasa adalah berkonvoi ke destinasi menarik mahupun berkunjung ke kedai makan popular untuk menikmati sajian istimewa atau sekadar ‘makan angin’ mengunjungi kawasan air terjun atau pantai. Ini kita dapat…










