SHAH ALAM 9 Nov. – Kemelut dalaman Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kian melarat apabila sekumpulan Exco bertindak mengadakan ‘Kongres Luar Biasa’ di sebuah hotel malam semalam untuk memilih Ahli Jawatankuasa FAS baharu. Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin bagaimanapun menjelaskan ‘kongres’ tersebut sebagai tidak sah, tidak diiktiraf serta tidak mengikut prosedur yang betul, selain ditolak oleh baginda sendiri dan persatuan. “Pendirian beta mengenai kesahihan ‘perjumpaan’ yang kononnya telah diadakan tersebut adalah terbatal dan tidak sah kerana ia tidak memenuhi Artikel 30 yang termaktub dalam Statut FAS. “Mereka juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya