Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dimasyhurkan - Utusan Malaysia

Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dimasyhurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Nov. – Pemasyhuran Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di bandar raya ini sebagai pusat warisan dan budaya Johor merupakan usaha dalam memastikan warisan bangsa masyarakatnya terus kekal dan berkembang seiring dengan kemajuan semasa.

Istiadat pemasyhuran itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu majlis rasmi yang dijalankan di tapak kompleks berkenaan di sini kelmarin.

Yang hadir mengiringi ba­ginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah serta suami, Dennis Muhammad Abdullah; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar.

Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Jalan Sungai Chat menempatkan beberapa pusat kesenian antaranya Galeri Tenun Johor yang memberi pe­luang kepada pengunjung untuk merasai sendiri suasana dalam bengkel tenun.

Sementara itu, Mohd. Khuzzan berkata, kompleks itu yang berkedudukan strategik memiliki nilai pakej lengkap sebagai sebuah pusat pelancongan, pusat rujukan dan pusat ke­senian.

“Mana-mana pihak yang mahu membuat kajian berkaitan artifak serta manuskrip boleh berkunjung ke muzium dan pusat dokumentasi Johor. Di sini merupakan pusat setempat budaya dan warisan Johor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN