KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan mencatat kemenangan berganda apabila menerima Anugerah Projek Terbaik dan Anugerah Guru Pembimbing Terbaik dalam Young Entrepreneur Strive for Success (YESS) 2018 peringkat kebangsaan di Ampang, Selangor, baru-baru ini. Penerima Anugerah Guru Pembimbing Terbaik, Mohd Rosnizam Mohd Yusoff berkata, kejayaan mewakili negeri Perak itu dicapai menerusi inovasi sistem ternakan ayam organik e-Lips yang dapat meningkatkan pendapatan penternak kerana kos operasinya rendah.…










