KMJ 2018 bakal berlangsung sederhana - Utusan Malaysia

KMJ 2018 bakal berlangsung sederhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Nov. – Kembara Mahkota Johor (KMJ) ke-21 bagi 2018 yang bermula pada 26 hingga 28 November ini akan dilakukan secara bersederhana sesuai dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Sekreteriat KMJ, Kapten Mohd. Fahmy Yahya berkata, terdapat pengura­ngan jumlah individu yang menyertai rombongan KMJ pada kali ini berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, rombongan KMJ yang akan diketuai Sultan Johor dijangka menaiki kereta beroda tiga jenis Morgan diikuti konvoi daripada kerabat diraja serta jemputan.

“Pengurangan jumlah individu dan kenderaan yang menyertai KMJ ialah melibatkan ketua-ketua jabatan yang hanya akan menunggu di majlis-majlis tertentu sepanjang KMJ pada kali ini.

“Langkah pengurangan ini sesuai dengan titah Sultan Ibrahim yang mahu KMJ dilakukan secara besederhana namun masih mengekalkan kemeriahannya,” katanya da­lam sesi Taklimat KMJ bersama-sama media di Bukit Timbalan, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengarah Tourism Johor, Abdul Malik Ismail.

Konvoi KMJ kali ini melibatkan laluan sejauh 777 kilometer (km) menggunakan kenderaan Morgan serta kereta api selain motosikal berkuasa tinggi.

Sementara itu, Abdul Malik berkata, KMJ 2018 akan bermula dari Istana Pasir Pe­langi di sini menuju ke Kota Tinggi sebelum ke Mersing dan tamat di Kluang melibatkan laluan 270 km.

Sultan Ibrahim berkenan memandu keretapi pada hari kedua dari stesyen kereta api Kluang menuju ke stesyen kereta api Segamat sebelum ke Tangkak dengan menaiki Morgan.

Kembara kemudian akan ke Kompleks Sukan Pagoh di Muar dan tamat di Tongkang Pecah, Batu Pahat.

Perjalanan hari kedua dijangka sejauh 305 kilometer manakala hari ketiga, KMJ akan bertolak ke Pontian, Kulai sebelum tamat di Pasir Gudang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN