Ketua Syiah Bahrain dipenjara seumur hidup - Utusan Malaysia

Ketua Syiah Bahrain dipenjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 4 Nov. – Mahkamah Rayuan Bahrain menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap ketua pergerakan Syiah negara ini atas kesalahan mengintip untuk Qatar. Sheikh Ali Salman yang mengetuai pergerakan Al-Weqaf didakwa oleh Mahkamah Tinggi Jenayah pada Jun lalu. Sheikh Ali kini menjalani hukuman penjara selama empat tahun dalam kes berasingan iaitu mencetuskan kebencian di negara ini menyaksikan puak Syiah menentang sistem monarki Bahrain yang majoritinya adalah puak Sunnah sejak 2011. Pada bulan ini, Sheikh Ali dan dua anggota Al-Weqaf didakwa bekerja untuk agensi perisikan Qatar dengan matlamat menggulingkan kerajaan Bahrain.…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN