Ketua agensi risikan Rusia meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ketua agensi risikan Rusia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 22 Nov. – Ketua risikan tentera Rusia yang menyelia beberapa siri operasi terkenal Moscow di luar negara meninggal dunia kerana sakit berpanjangan, ketika Kremlin memuji beliau sebagai `lelaki agung’ dan negarawan.

Igor Korobov, 62, pernah mengetuai Pengarah Risikan Utama (GRU) kementerian pertahanan Rusia sejak 2016 dan merupakan sasaran sekatan oleh Amerika Syarikat (AS).

Menurut kementerian pertahanan, Korobov meninggal dunia, semalam selepas menghidap penyakit yang panjang dan serius ketika para penganalisis mengandaikan ia merupakan kod untuk kanser. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN