Sumbangan Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari terhadap perkembangan al-Quran di Malaysia amatlah besar. Beliau bukan saja arif dalam ilmu bacaan al-Quran terutamanya ilmu tajwid, qiraat dan tarannum bahkan ketinggian ilmunya dalam bidang tersebut telah melayakkan beliau dilantik menjadi hakim tilawah dan hafazan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Allahyarham juga diberi kepercayaan untuk menjadi hakim di beberapa buah negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Qatar dan lain-lain. Ini bermakna kealiman beliau dalam bidang al-Quran diakui oleh bangsa Arab bagi menilai bacaan peserta untuk mencari dan menentukan juara dalam musabaqah al-Quran.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya