PUTRAJAYA 20 Nov. – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kesejahteraan bangsa dan kemakmuran sesebuah negara dipengaruhi sifat dan akal bicara pemimpin. Baginda bertitah ulama besar, umara yang berwibawa dan peniaga yang jujur akan lahir dalam negara yang pemimpinnya memiliki sifat takwa, serta menghayati kebesaran Ilahi. “Jika pemimpin senantiasa insaf akan tanggungjawab lebih besar kepada Allah Maha Pencipta, akan sejahteralah hidup ummah dan makmurlah (sesebuah) negara. “Khazanah…










