KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kerugian bersih AirAsia X Bhd. meningkat kepada RM197.47 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2018 berbanding kerugian sebanyak RM43.3 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun sebelum ini, berikutan harga bahan api yang lebih mahal. Caj tambang yang lebih rendah juga telah menyusutkan hasil sebanyak 4.2 peratus kepada RM1.08 bilion daripada RM1.12 bilion, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu. Kerugian asas sesaham adalah pada…










