SHAH ALAM 18 Nov – Kerajaan akan membentangkan kertas putih pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang ‘curang’ dan tidak bertanggungjawab, Disember ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Mohamed Azmin berkata, kertas itu dibentangkan berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang yang melampaui batas iaitu melebihi RM8 bilion. Kertas Putih lazimnya dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, yang sesi persidangannya kali ini berlangsung sehingga 11 Disember. Mohamed Azmin berkata, permasalahan peneroka Felda menjadi agenda utama kerajaan persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan mereka tidak terus menanggung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya