Kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Nov. – Kerajaan hari ini menegaskan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN