Kerajaan sasar 250,000 usahawan B40 - Utusan Malaysia

Kerajaan sasar 250,000 usahawan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan sebanyak 250,000 usahawan dalam kalangan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dilahirkan dalam tempoh lima tahun bagi mengembangkan ekonomi rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd. Hatta Ramli berkata, kerajaan kini giat mengenal pasti para usahawan berpotensi dalam bidang masing-masing mengikut kawasan Parlimen. 

Beliau berkata, setiap kawasan Parlimen disaran mengenal pasti 200 usahawan dalam bidang Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Menurutnya, kementerian akan membantu memberi latihan dan bimbingan untuk memasarkan hasil keluaran mereka termasuk menyediakan dana mengikut kesesuaian dan kemampuan kerajaan.

“Bagaimanapun, syarikat-syarikat besar digalak menawarkan bantuan bersesuaian termasuk dana pembiayaan bagi golongan usahawan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mesra Usahawan 2018, di sini, hari ini.

Karnival empat hari itu diadakan di pekarangan pusat beli-belah Berjaya Time Square dengan penglibatan kira-kira 50 usahawan termasuk PKS dan usahawan perniagaan perkhidmatan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN