KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat memperluas skim Sewa Untuk Milik (RTO) kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bagi hartanah milik kerajaan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah ini akan membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan pinjaman perumahan. “Pada masa ini kerajaan mempunyai Rumah Transit (untuk memenuhi keperluan mereka) dan apabila mereka melepasi kategori B40, mereka boleh mencari hartanah yang…










