REMBAU – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Perdana Menteri berkata, beliau pasti rakyat tertunggu-tunggu nikmat yang akan mereka peroleh daripada kerajaan pilihan mereka. Katanya, kejayaan empat parti pembangkang ketika itu menukar kerajaan memerintah selama 61 tahun merupakan kejayaan rakyat. “Saya percaya kita akan dapat menunaikan semua janji kita antaranya menyelamatkan negara,” katanya dalam ucapan pada majlis…









