Kenyataan Waytha Moorthy menghasut, bangkit rasa benci - Utusan Malaysia

Kenyataan Waytha Moorthy menghasut, bangkit rasa benci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN 20 Nov. – Lebih 20 ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tampin dan Pergerakan Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang memburuk-burukkan negara dengan ucapan berbaur fitnah.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Gemas kira-kira pukul 9.35 pagi tadi dan diketuai Ketua Puteri UMNO Bahagian Tampin, Nor Fariza Rahim.

Nor Fariza berkata, laporan polis itu dibuat selepas meneliti video dalam laman web YouTube yang memaparkan Waytha Moorthy selaku pemimpin utama pertubuhan radikal, Hindraf memburuk-burukkan negara kepada negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah jahat terhadap negara.

Katanya, ia menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum dan penganut agama lain, antaranya merobohkan kuil Hindu dan menafikan hak asasi kaum lain.

“Sehingga kini, Waytha Moorthy tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat yang telah dilemparkan dan tular melalui video berdurasi dua minit 39 saat itu.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami percaya ucapan itu berniat menghasut, membangkitkan rasa benci dan menimbulkan ketegangan antara kaum seterusnya mengancam keselamatan negara,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN