Kem ikhtiar hidup pelajar sempena cuti sekolah - Utusan Malaysia

Kem ikhtiar hidup pelajar sempena cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Sibermedia Sdn. Bhd. (Sibermedia) akan menganjurkan Kem Tra­velog Survival Alam sempena cuti sekolah pada 27 dan 28 November di Pusat Edu-Ecotou­rism, Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan.

poster program Kem Travelog Survival Alam di Pusat Edu-Ecotourism, Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail berkata, kem tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana berdepan situasi ikhtiar hidup dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi memastikan mereka dapat meneruskan survival kehidupan seharian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Travelog Survival Alam akan memberikan 1,001 pengalaman menarik kepada para peserta kerana selain mendalami kisah alam dan ikhtiar hidup, mereka juga akan diajar merakam serta menyunting foto dan video menggunakan telefon bimbit.

“Menggunakan telefon pintar dalam melaksanakan kerja harian dan bersosial hari ini bukanlah satu perkara baharu, malah ia menjadi alat penting dalam kehidupan harian pelbagai lapisan masyarakat hari ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu menurut Ainol Amriz, pada 26 November, satu bengkel Matematik untuk para pelajar tahap dua (darjah empat dan lima) akan turut diadakan di tempat yang sama bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Sementara itu, Kem Travelog Survival Alam ini akan dipe­cahkan kepada tiga sesi dan pe­nyertaannya terbuka untuk para pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun.

Yuran pendaftaran bagi menyertai Kem Travelog Survival Alam ini ialah RM100 (sesi satu dan tiga) dan RM120 (sesi dua) termasuk makan dan minum sepanjang kem berlangsung serta penginapan (sesi dua), selain cenderahati disediakan untuk para peserta.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi di talian 03-92324622 (Maria) atau 03-92322681 (Raja Aida).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×