Keluarga mangsa tolak pemansuhan hukuman mati - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa tolak pemansuhan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Keputusan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori terus mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya keluarga mangsa bunuh yang menyifatkannya sebagai tidak adil.

Ibu kepada Ng Yuk Tim, gadis berusia 15 tahun yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya disumbatkan ke dalam sebuah beg lima tahun lalu, Sim Yee Ling berkata, keluarganya hanya akan lega dan berpuas hati selepas pembunuh anaknya digantung mati.

“Sesungguhnya saya faham akan pemansuhan hukuman itu atas prinsip kemanusiaan namun saya fikir hukuman penjara sahaja tidak akan memberi keadilan kepada kematian anak saya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Turut hadir adalah ibu kepada Annie Kok Yin Cheng, 17, yang dibunuh selepas dirogol oleh seorang pembunuh siri, Tan Siew Liau dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang.

Awal Oktober lalu, Kabinet memutuskan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini dan susulan itu, semua pelaksanaan hukuman mati akan ditangguhkan sehingga pemansuhan itu berkuat kuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN