BAGI umat Islam, hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Sebagai umat Islam, mengerjakan solat Jumaat pada hari itu adalah satu perkara yang wajib dilakukan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Sesiapa meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa adanya uzur (halangan yang dibenarkan secara syar’i), maka ditutuplah hatinya.” Dalam sebuah riwayat daripada Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad dikatakan bahawa sesungguhnya baginda pernah bersabda: “Malaikat Jibril telah mendatangiku pada hari Jumaat…










