PARIS 20 Nov. – Perancis terpaksa membayar dengan harga mahal untuk menewaskan Uruguay 1-0 dalam aksi persahabatan di Stade de France selepas ayam tambatan mereka Kylian Mbappe mengalami kecederaan bahu. Penyerang berusia 19 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada babak pertama selepas terjatuh sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel berikutan seorang lagi penyerangnya, Neymar turut mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Brazil menentang Cameroon dalam aksi persahabatan di Milton Keynes. PSG bakal melayan kunjungan Liverpool di Parc des Princes dalam kempen Liga Juara-Juara pada 28 November…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya