KUALA LUMPUR 18 Nov. – Daya tahan ekonomi Malaysia akan terus diuji pada 2019 walaupun negara mampu menyesuaikan diri dengan perubahan landskap ekonomi yang berpunca daripada perkembangan dalam dan luar negeri. Agensi penarafan RAM Ratings menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan merosot kepada 4.6 peratus pada tahun depan, daripada 4.7 peratus yang dijangka untuk 2018, kebanyakannya disebabkan oleh permintaan luar yang tidak menentu dan kadar pelaburan yang perlahan. Katanya, penggunaan swasta akan terus menjadi penyumbang utama permintaan domestik pada 2019, biarpun ia dijangka sederhana pada kadar 6.8…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya