KUALA LUMPUR 21 Nov. – Melihat pada pembangunan yang semakin rancak di sekitar ibu kota, tidak mustahil bandar raya ini akan lumpuh ditenggelami banjir suatu hari nanti. Jika dihitung kekerapan banjir kilat yang berlaku sekarang berbanding 10 tahun lalu, warga kota pasti dapat meramal risiko yang bakal dihadapi pada tahun-tahun mendatang. Bagi yang tinggal atau bekerja dalam radius pembangunan yang pesat itu, kebarangkalian untuk terperangkap dalam bencana adalah sesuatu yang…










