Kaut untung RM50,000 sehari - Utusan Malaysia

Kaut untung RM50,000 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerakusan satu sindiket pinjaman yang tidak wujud memperdaya mangsa sehingga mampu mengaut keuntungan mencecah RM50,000 sehari tidak berpanjangan apabila ke­giatan mereka terbongkar dalam satu serbuan di Kajang baru-baru ini.

Sindiket yang mula aktif sejak Ogos lalu itu tumpas dengan penahanan 21 ahlinya menerusi serbuan di sebuah rumah teres kira-kira pukul 2.30 petang pada 13 November lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kesemua ahli sindiket berusia antara 17 hingga 27 tahun itu ditahan hasil risikan serta maklumat yang diterima.

“16 lelaki dan lima wanita itu berperanan sebagai operator dan akan memperdaya mangsa yang ingin meminjam wang me­lalui panggilan telefon.

“Polis turut merampas 54 unit telefon bimbit, lima unit komputer riba serta 15 keping kad ATM pelbagai bank yang digunakan untuk menipu mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Menara 238 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN