Kaut RM6 juta dalam dua minggu - Utusan Malaysia

Kaut RM6 juta dalam dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kaut wang pertaruhan mencecah RM6 juta dalam tempoh dua ming­gu beroperasi.

Itu yang diperoleh 17 ahli sindiket perjudian dalam talian yang ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Jalil di sini pada 22 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek warga China berusia

MAZLAN LAZIM
MAZLAN LAZIM 

antara 19 dan 43 tahun itu berperanan sebagai penjaga atau pengurus yang menawarkan kegiatan perjudian dalam talian melalui aplikasi WeChat.

Beliau berkata, pengurus tersebut juga akan memberikan maklumat terperinci kepada pelanggan mengenai cara untuk membuat pembayaran sehingga pertaruhan dibuat melalui aplikasi sosial dan laman web itu.

“Pelanggan yang bermain dalam laman web ini akan dijaga oleh seorang pengurus yang bertindak memberikan panduan dan nasihat kepada mereka.

“Hasil siasatan mendapati sindiket terbabit berjaya meraih 20,000 pemain yang kesemua­nya adalah dari China,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Mazlan, polis turut merampas sebanyak 15 kompu­ter riba, 66 telefon bimbit, lima modem pelbagai jenama dan alatan elektronik.

Ujarnya, kesemua yang ditangkap direman 18 hari dan disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Dalam pada itu, 60 individu dipercayai terlibat dengan perjudian dalam talian diberkas dalam 10 serbuan di premis snuker di sekitar ibu negara dari Oktober hingga Ahad lalu.

“Dalam permainan itu, pelanggan perlu membayar sejumlah wang untuk ditukar kepada ‘kredit permainan’ sebelum bermain dan membuat pertaruhan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN