Kanak-kanak lelaki lebih ramai berbanding perempuan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki lebih ramai berbanding perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bilangan kanak-kanak lelaki di Malaysia adalah lebih ramai iaitu seramai 4.85 juta orang berbanding kanak-kanak perempuan yang berjumlah 4.55 juta orang pada tahun ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, komposisi kanak-kanak bawah umur 18 tahun itu adalah 29.0 peratus iaitu 9.4 juta daripada jumlah penduduk 32.4 juta pada 2018.

Sementara itu, katanya komposisi bagi kanak-kanak yang berumur bawah umur lima tahun adalah 8.0 peratus atau 2.6 juta daripada jumlah penduduk Malaysia dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing adalah 1.34 juta dan 1.26 juta orang.

“Pada 2017, sebanyak 508,700 bilangan kelahiran dicatatkan dengan bilangan bayi lelaki dan perempuan adalah seramai 262,600 orang dan 246,100 orang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dari segi pendidikan, pada 2017 enrolmen di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah 4,888,600 orang, menurun kepada 45,000 orang berbanding 2016. –  Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN