KUALA TERENGGANU – Dua pemancing ikan terkejut apabila menemui satu mayat lelaki dengan kaki kanan diikat sebuah batu pemberat berhampiran pantai Teluk Rotan di Pulau Redang kelmarin. Kedua-dua lelaki itu menemui mayat yang terapung itu pada pukul 7.15 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu ditemui mayat lelaki itu didapati dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput. “Penemuan mayat terbabit kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum anggota polis dari Balai Polis Pulau Redang bergegas ke lokasi kejadian. “Mayat lelaki yang ditemui terapung dalam keadaan tertiarap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya