Jomo dinobat Tokoh Akademik Negara ke-12 - Utusan Malaysia

Jomo dinobat Tokoh Akademik Negara ke-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pakar ekonomi, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara ke-12 selepas menerima anugerah berprestij itu pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) di sini hari ini.

Jomo yang juga anggota Majlis Penasihat Kerajaan menerima hadiah wang tunai RM200,000 beserta trofi dan sijil.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor dipilih untuk menerima Anugerah Penerbitan Buku manakala penyelidik Pusat Penyelidikan Nanoteknologi dan Katalisis UM, Prof. Madya Dr. Juan Joon Ching menerima Anugerah Ahli Akademik Harapan.

Dalam pada itu, ahli akademik Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad menerima Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Tulen) manakala ahli akademik Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim menerima Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sosial Gunaan).

Ahli akademik Universiti Teknologi MARA, Mohd. Faizul Noorizan dan ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mawar Safei pula masing-masing menerima Anugerah Seni dan Kreativiti dalam kategori Kelompok Kraf dan Kelompok Penulisan Kreatif.

Semua pemenang kategori tersebut menerima wang tunai RM50,000 berserta trofi dan sijil.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Anugerah yang diperkenalkan pada tahun 2006 itu menjadi acara tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi pengiktirafan tertinggi kepada ahli-ahli akademik sebagai menghargai kecemerlangan serta sumbangan mereka dalam melonjakkan nama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penerima anugerah dipilih oleh satu jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli akademik dan industri dalam pelbagai bidang kepakaran untuk menilai tahap pencapaian setiap penyertaan berdasarkan kriteria yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN