“MAS satu-satunya orang Malaysia yang pernah sampai ke daerah kami ini,” kata seorang ketua kampung daerah Walaik yang terletak di puncak pergunungan Jayawijaya. Nama Papua itu sendiri sangat asing berbanding Jakarta, Padang, Jogjakarta mahupun Bandung. Perjalanan ke ceruk kampung itu perlu mendaki dan berjalan di lereng-lereng banjaran gunung selama lebih empat jam. Itu tidak termasuk lagi terpaksa berjalan di anak-anak sungai deras dan sejuk hasil cairan glasier dari puncak pergunungan.…










