KUALA LUMPUR 23 Nov. – Keputusan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang penuh kontroversi tidak perlu dijalankan secara tergesa-gesa. Sebaliknya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berharap kerajaan dapat melakukan perbincangan dengan segenap masyarakat terlebih dahulu. Ini penting, ujarnya, bagi memperoleh sebanyak mungkin maklumat yang boleh digunakan sebagai pertimbangan sebelum meratifikasi konvensyen berkenaan. “Seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan bertindak tergesa-gesa…










