Kalau sekilas pandang, penulis tak pasti sama ada adik dari Sekolah Kebangsaan Presint 11 (1) di Putrajaya dalam gambar di sebelah kanan ini meraih keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baik atau sebaliknya. Tapi syukurlah apabila rakan jurugambar penulis memberitahu result adik ini awesome. Alhamdulillah! Tahniah diucapkan. Ya, sungguh berdebar semalam. Sedih atau gembira adik-adik, lagi sedih atau gabra mak bapa yang berada di sisi semasa slip keputusan diambil…