Jangan ketepi pelajar genius - Utusan Malaysia

Jangan ketepi pelajar genius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan seharusnya mewujudkan lebih banyak sekolah pendidikan khas untuk pelajar genius bagi memastikan bakat yang mereka miliki mampu mengangkat nama negara hingga ke mata dunia.

Pengarah Pusat Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak berkata, kebolehan kanak-kanak pintar menguasai ilmu dengan mudah pada usia muda perlu dianggap sebagai aset penting untuk negara.

Beliau menegaskan, golongan tersebut bagaimanapun memerlukan sistem pendidikan yang lebih kondusif dan mencabar dengan kokurikulum bersesuaian agar kepintaran mereka dapat diketengahkan ke tahap tinggi.

“Setiap tahun kami mengenal pasti antara 700 ke 800 kanak-kanak pintar dan berbakat, namun Permata hanya boleh memilih 120 pelajar.

“Selebihnya mengikuti kokurikulum di sekolah arus perdana dan tidak mendapat pendidikan bersesuaian dengan kebolehan kognitif mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN