SHAH ALAM 26 Nov. – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yakin insiden rusuhan berhubung isu kuil Seafield Sri Maha Mariamman, awal pagi semalam, akan dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak keselamatan. Beliau sehubungan itu turut menggesa semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bersifat perkauman, kebencian serta menghasut. “Saya telah menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dan beliau memberikan jaminan polis akan melakukan siasatan terperinci ke atas insiden…










