PULAU PINANG 21 Nov. – Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara Ahad ini bermula pukul 12:01 tengah malam sehingga jam 10:00 pagi keesokan harinya bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2018. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, Jambatan Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa bermula jam berikutnya pada hari sama selepas tamat acara larian tersebut. Sehubungan itu, tambahnya, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan feri yang beroperasi 24 jam atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (jambatan kedua)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya