KUALA LUMPUR – Penyanyi Izzue Islam mengakui bakal mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen sebaik sahaja Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirai malam ini. Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, menerusi GV Live+ sebentar tadi berkata, pengundurannya itu disebabkan tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain dan telah bersedia untuk membawa haluan sendiri. “Apabila persefahaman tidak ada, lebih baik saya undur diri. “Benda ini pernah jadi beberapa kali dan saya…










