KUALA LUMPUR – Isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrinimasi Kaum (ICERD) telah dibawa kepada pertimbangan Jabatan Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy. “Sekiranya ada ‘condition’ (syarat) untuk Malaysia membuat ‘adjustment’ (perubahan terhadap) Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan), saya beri jaminan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini. Perkara 153 merujuk kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Bagaimanapun, apabila Waytha Moorthy beralih ke isu lain ia mendapat bantahan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-kepala Batas) yang menyatakan isu berkenaan lebih penting berbanding isu lain. Tindakan Waytha Moorthy mengulas berhubung peruntukan untuk kawasan Rukun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya