PETALING JAYA 26 Nov. – Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung laporan mengaitkannya dengan dakwaan cubaan dirasuah wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu. Selepas tamat prosiding mahkamah membabitkan Farid Kamil, 37, dia terus dibawa masuk ke dalam bilik saksi di kompleks mahkamah di sini sebelum keterangannya direkodkan pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Menurut peguam Megat Syazlee…









